Cara bezakan beg Fjällräven Kånken Original atau Palsu

Cara bezakan beg Fjällräven Kånken Original atau Palsu.

Fjällräven Kånken merupakan salah satu model beg premium keluaran Fjällräven. Beg ini mempunyai ciri-ciri rekacipta Scandinavian, iaitu simplicity, minimalism dan functionality yang menarik ramai peminat di seluruh duniaUntuk pembeli yang baru sahaja mengenali jenama Fjällräven, amat sukar bagi mereka membezakan antara barangan tiruan dan asli. Maka kami terpanggil untuk mengarang artikel ini sebagai panduan untuk anda.

Untuk pencinta atau penggemar Fjällräven Kånken, anda wajib mengetahui ciri-ciri beg Fjällräven Kånken yang asli.

  1. Pembelian melalui penjual rasmi  Fjällräven.

Ini adalah perkara pertama yang paling utama  kita perlu  lakukan untuk membeli beg yang asli. Sila rujuk laman web berikut untuk mengenal pasti penjual rasmi barangan Fjällräven di Malaysia. (pss.. kami juga merupakan penjual rasmi)

Link: https://www.fjallraven.com/customer-service/store-locator/

  1. Periksa harga barang

Jika harganya terlampau murah berbanding harga pasaran, ianya mungkin palsu. Penjual rasmi Fjällräven perlu menjual barangan jenama ini mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan oleh pengedar. Jika penjual rasmi Fjällräven menjual harga terlampau murah berbanding harga pasaran, amaran akan diberi oleh pihak pengedar Fjällräven sendiri! Sebab itu anda jarang lihat di bearlockers.com kami menjual dengan harga diskaun.

  1. Periksa kualiti barang

Ini mungkin agak sukar bagi mereka yang baru sahaja mengenali jenama Fjällräven. Namun, ciri-ciri seperti fabrik yang digunakan, kekemasan jahitan merupakan ciri yang sukar diciplak oleh penjual barangan tiruan. Berikut adalah penerangan serba ringkas ciri-ciri beg Fjällräven Kånken yang original.

 

Ciri-ciri utama beg Fjällräven Kånken Original:

  • Bahan Fabrik (Vinylon-F)

Ini adalah ciri UTAMA yang sukar ditiru oleh pengeluar barangan tiruan. Fabrik utama beg ini, iaitu Vinylon-F (Polyvinyl Alcohol), adalah material yang kukuh dan tough! Jika anda sentuh beg yang asli,anda akan dapat merasakan kualiti bahan ini. Sila buat perbandingan dengan Kånken tiruan, anda akan rasai fabrik Kånken tiruan lebih lembut dan seakan kain kanvas beg sekolah. Untuk material vinylon-F  yang asli, fabrik ini akan mengecut dengan sendirinya apabila terkena air, sekaligus meningkatkan ciri water-resistant nya! Dan untuk pengetahuan anda, material Fjällräven Kånken tidak water-proof tetapi ianya water-resistant . Jadi, jika ada penjual yang mengatakanFjällräven Kånken yang dijual oleh mereka adalah water-proof, kemungkinan besar ianya palsu.

Rujukan: https://www.fjallraven.com/about-fjallraven/materials/vinylon-f/ 

 

  • Tag yang datang bersama beg.

Percaya atau tidak, pengilang Kånken tiruan tidak dapat meniru ciri cetakan halus logo ‘Royal Crest Sweden’ ini. Kebanyakan tag Kånken tiruan hanya berjaya mencetak logo tersebut dengan satu warna sahaja. Lihat saja contoh dibawah.

 

  • Logo Fjällräven Kånken reflective

Logo utama Fjällräven Kånken juga merupakan ciri keselamatan. Logo ini dapat membalikkan cahaya supaya anda dapat dilihat ketika dalam keadaan gelap.

 

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai beg Kånken, anda boleh menghubungi kami melalui hello@bearlockers.com. Dapatkan beg Fjällräven Kånken anda hanya di pengedar yang sah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *